REMAJA MENDULANG EMAS MAUT DITIMBUS TANAH RUNTUH

LIPIS: Seorang remaja maut akibat ditimbus tanah runtuh dipercayai ketika mendulang emas sambil menggali tanah menggunakan tangan di Kampung Pantos, Sungai Koyan, di sini, semalam.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Budiman Johan, 18, bersama empat rakan dipercayai melakukan aktiviti mencari emas di sebuah ladang milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berdekatan kawasan pembetung parit.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, berkata terdahulu lima sekawan itu dikatakan pergi ke lokasi terbabit kira-kira jam 3.00 pagi semalam.

“Ketika mangsa mendulang emas, dia dikatakan turut menggali tanah dengan menggunakan tangan.

“Bagaimanapun, berlaku gelongsoran tanah lalu menimpa mangsa menyebabkannya tertimbus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Susulan itu, Azli berkata, rakan-rakan mangsa dikatakan membantu mengeluarkan mangsa dari bawah timbunan tanah sebelum membawanya balik ke rumah remaja itu di sini.

Katanya, hasil pemeriksaan pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Sungai Koyan yang dipanggil ke kediaman remaja itu kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Seterusnya, beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lipis dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah ‘asfiksia (sukar bernafas) akibat tanah runtuh’.

“Hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian pula mendapati tiada sebarang jentera ditemukan atau digunakan di kawasan itu untuk mencari emas,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …