PAHANG SASAR 13.5 JUTA PELANCONG DOMESTIK, ANTARABANGSA TAHUN INI

KUANTAN: Pelancong Singapura, China dan Indonesia antara penyumbang tertinggi statistik kedatangan pelancong dari luar negara ke Pahang tahun lalu.

Daripada 13.2 juta pelancong yang berkunjung ke Pahang tahun lalu, pelancong Singapura merekodkan 1.04 juta orang, diikuti 213,671 warga China dan 211,668 warga Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Leong Yu Man, berkata kedatangan pelancong pada tahun lalu juga melepasi sasaran 13 juta pelancong domestik dan antarabangsa kerana pada 2022, seramai 10.18 juta pelancong direkodkan.

Katanya, jumlah itu hanya mengambil kira pelancong yang bermalam sekurang-kurangnya satu malam dan tidak termasuk pelancong harian.

“Destinasi tumpuan pelancong pula ialah di Genting Highlands membabitkan 8.14 juta pelancong.

“Ia diikuti 2.18 juta pelancong berkunjung ke Kuantan, 1.36 juta pelancong (Cameron Highlands), 189,213 pelancong (Pulau Tioman), 128,592 (Taman Negara) dan 300,250 pelancong (Temerloh).

“Tahun lalu, anggaran perbelanjaan pelancong di negeri ini berjumlah RM11.89 bilion, berbanding RM9.15 bilion pada 2022,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Justeru, Yu Man berkata, kerajaan negeri melalui Tourism Pahang menyasarkan 13.5 juta pelancong akan berkunjung ke Pahang tahun ini.

Katanya, setakat ini 41 acara dimasukkan dalam kalendar pelancongan Pahang dan akan bertambah dari semasa ke semasa tahun ini.

“Tourism Pahang juga akan mengadakan beberapa acara pelancongan bertaraf antarabangsa tahun ini termasuk Ekspo Pelancongan Antarabangsa Malaysia – Pahang (MIT Pahang 2024), di sini pada 8 hingga 10 Oktober depan.

“Selain itu, program lawatan suai kenal dengan membawa agensi pelancongan dari dalam dan luar negara menjelajah negeri Pahang,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut