HAMPIR 17% PENGGUNA TERKESAN KENAIKAN CUKAI SST

KOTA KINABALU (28 Februari): Pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan (SST) turut melibatkan pengguna di negeri ini.

Kadar cukai SST ini akan berubah iaitu daripada enam peratus kepada lapan peratus bermula 1hb Mac 2024.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar (gambar), hanya penggunaan elektrik 600 kWh ke atas ataupun bil bulanan berjumlah RM203 ke atas sahaja akan terlibat dengan cukai SST lapan peratus ini.

Katanya, kenaikan kadar cukai SST ini dijangkakan akan memberi kesan terhadap 95,982 pemegang akaun ataupun 16.72 peratus pengguna sahaja dan tidak melibatkan pengguna secara keseluruhan.

“SESB sentiasa memantau dan bersedia membantu untuk memberi kefahaman kepada pengguna sekiranya berlaku sebarang kerumitan semasa peralihan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …