𝗒𝗣𝗦 π—žπ—›π—”π—¦ π—•π—˜π—₯𝗦𝗔𝗠𝗔 π—”π—”π——π—ž

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK

(Integrasi Dasar & Operasi)

 

Stesen Penguatkuasa Valdor Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Pulau Pinang telah menjalankan Ops Khas Bersepadu bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Operasi ini memfokuskan kepada kenderaan persendirian dan perdagangan yang melanggar peraturan di bawah APJ 1987 dan peraturan berkaitan penggunaan dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam operasi tersebut sebanyak 94 buah kenderaan telah diperiksa dan 23 buah kenderaan telah diambil tindakan di mana sebanyak 38 notis melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah di bawahnya. Pihak AADK telah menyaring sebanyak 27 individu dan 4 orang individu dikesan positif dadah telah ditangkap untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut