PROGRAM CAKNA VETERAN NEGERI MELAKA

MELAKA, 27 Februari – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Melaka telah menyantuni veteran yang kurang bernasib baik bagi menghargai jasa dan bakti semasa berkhidmat dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Program Sembang Santai dan Lawatan Rumah ke Rumah ini dihadiri oleh Pengarah MKN Negeri Melaka, Tuan Mohd Shaiful Hizam bin Johan, Penyelia JHEV Negeri Melaka, Sarjan Fazli Abd Aziz serta rombongan Ketua Cawangan PVATM Sungai Udang, Encik Mustajab bin Haron dan Ketua Cawangan PVATM Masjid Tanah, Tuan Haji Ahmad bin Ibrahim yang telah mengunjungi 10 buah rumah veteran ATM, bertanya khabar dan menyelami kehidupan di hari tua.

Di kesempatan itu, Penyerahan Kit Bantuan Kebajikan turut disalurkan kepada veteran ATM serta keluarga sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi sebagai suntikan semangat untuk terus menjalankan ibadah dan sedikit sebanyak meringankan beban sara hidup.

MKN Negeri Melaka turut merakamkan ucapan tahniah kepada JHEV dan PVATM Negeri Melaka yang selama ini sentiasa peduli akan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM. Semoga bakti sukarela yang ditaburkan mendapatkan balasan dari Allah SWT.

Dijulang pertiwi sentosa abadi
Biar budi menjadi sanjungan
Terima kasih jasa dan bakti
Akan dikenang sepanjang zaman

#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#KeselamatanMenyeluruh
#Prihatin #Komited #Responsive