MALAYSIA BERADA DI TEMPAT KETIGA DALAM KALANGAN NEGARA ASIA TENGGARA YANG MEMPUNYAI PALING RAMAI INDIVIDU YANG MASIH BELUM BERKAHWIN

Menerusi laporan yang dikongsikan oleh SeaAsia Stats, Malaysia dengan 44.68% penduduknya dikenal pasti sebagai belum berkahwin, bercerai berpisah, atau balu. Statistik ini meletakkan Malaysia di belakang Filipina berada di tempat pertama dengan 49% dari populasi di negara itu berstatus single diikuti Brunei (44.9%).
Kemboja, Myanmar dan Thailand masing-masing berada di tempat keempat hingga keenam dengan 44.6%, 29% serta 23% diikuti Indonesia (22%), Singapura (20%), Laos (17%) manakala dua negara dengan individu single terendah adalah Vietnam (16%) dan Timor-Leste (13%).

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah merekodkan data dari tahun 1970 hingga 2021:

Kajian itu berdasarkan sumber daripada Divisyen Populasi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Statistik Populasi & Bujang berdasarkan data pada 2021.Dari 1970 hingga 2021, PBB mengumpulkan data perkahwinan mengenai lebih 1.6 bilion individu bujang di seluruh dunia.

Data tersebut menggariskan pelbagai faktor yang menyumbang kepada peningkatan individu bujang di Malaysia, termasuk pandangan terhadap perkahwinan, peningkatan ekonomi serta meningkatnya keperluan sosial mereka yang masih bujang.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …