MARITIM MALAYSIA RAMPAS 510 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI

SANDAKAN (26 Februari): Sebuah bot yang berdaftar atas lesen kargo ditemui terdampar di pesisir pantai Pulau Berhala Sandakan di sini dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 10.20 malam semalam.

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, bot yang ditemui tanpa pemilik itu dipercayai dibiarkan selepas menyedari kehadiran anggota penguat kuasa melakukan rondaan di sekitarnya.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa muatan 30 kotak besar berisi 510 paket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram setiap satu dan disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran.

“Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk minyak masak bersubsidi, bot dan enjin sangkut adalah sekitar RM11,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainudin berkata, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan pemilik bot, dalang serta pelaku di sebalik kegiatan penyeludupan ini. Kes disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah Media

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …