ANEKA ACARA, BUKA KAUNTER PERKHIDMATAN DALAM MADANI RAKYAT 2024 ZON TENGAH

SHAH ALAM, 22 FEB: Pelbagai acara menarik diadakan dalam program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor antara jam 9 pagi hingga 10 malam pada 23 hingga 25 Februari.

Program Selawat Darul Ehsan yang menampilkan beberapa selebriti agama berlangsung pada hari pertama mulai jam 8 hingga 11.45 malam diikuti Solat Subuh Macam Jumaat keesokan pagi.

Acara Cabaran Sepak Penalti Anak Muda Madani yang menawarkan RM5,000 kepada juara, naib juara (RM2,500) dan ketiga (RM1,000) dijadual pada jam 8 pagi hari terakhir program tersebut.

Perlawanan bola sepak persahabatan membabitkan bekas bintang negeri dengan pasukan pilihan juga diadakan pada hari sama selain orang ramai berpeluang bertemu pemain Selangor FC.

Sehari sebelumnya, acara larian santai sejauh empat kilometer dan senamrobik juga dijalankan.

Dalam program kesinambungan Setahun Bersama Kerajaan Madani di Bukit Nasional Jalil pada Disember lalu, pertandingan menulis khat kaligrafi Islam turut diadakan pada hari kedua.

Sepanjang tiga hari itu, beberapa pusingan cabutan bertuah dibuat yang menawarkan pelbagai bentuk hadiah termasuk tawaran pakej umrah bernilai RM8,000.

Turut berlangsung, Jualan Agro dan Mega Madani yang menawarkan potongan harga menarik, festival makanan dan aneka perkhidmatan kaunter agensi persekutuan dan negeri.

Selain itu, saringan kesihatan, demontrasi, pameran, penyerahan bantuan kebajikan, sesi perkongsian usahawan dan tokoh tertentu serta forum keselamatan siber juga dijalankan.

Menurut sekretariat Program Madani Rakyat, program yang diteruskan ke peringkat negeri dan dijalankan mengikut zon merangkumi Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan pada kali ini.

โ€œProgram ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapat perkhidmatan secara terus daripada kementerian peringkat persekutuan dan agensi peringkat negeri,โ€ kata kenyataan.

Mengikut sekretariat itu, program kali ini memberi tumpuan kepada aspek pertanian, keterjaminan makanan, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Penutupan dijadual disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pimpinan tertinggi persekutuan dan negeri juga dijangka hadir.

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA โ€“ AB RAUF

Ayer Keroh โ€“ Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ?

ย ๐€๐๐€ ๐ˆ๐“๐” ๐Š๐€๐ƒ ๐๐„๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

๐‡๐ž๐›๐š๐ก๐š๐ง : ๐’๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ˆ๐›๐ฎ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut