TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025 SASAR TUJUH JUTA PELANCONG

SHAH ALAM, 19 FEB: Kerajaan Negeri Selangor menyasarkan tujuh juta pelancong tempatan dan luar negara melawat negeri itu sempena Tahun Melawat Selangor 2025, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor Datuk Ng Suee Lim

Beliau berkata berkata sasaran itu dibuat berdasarkan kenyataan bahawa sektor perkhidmatan melalui industri pelancongan merupakan penyumbang tertinggi, menjangkau 26.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2022.

Katanya tahun lepas Selangor mencatatkan ketibaan 6.54 juta pelancong ke negeri ini berbanding sasarannya lima juta, dan tahun ini ia menyasarkan kunjungan 5.6 juta pelancong, yang merangkumi 4.5 juta pelancong domestik dan selebihnya pelancong antarabangsa.

“Sekarang saya sedang mempergiatkan ecotourism, tahun ini kita sudah kenal pasti lokasinya iaitu anjung utara dan anjung selatan berserta pakej yang menarik dan berbaloi kepada semua pelancong. Anjung utara melibatkan daerah Sabak Bernam hingga Kuala Selangor manakala anjung Selatan di daerah Sepang dan Kuala Langat,” katanya pada program Temu Bual Radio terbitan Bernama Radio, hari ini.

Ng berkata pihaknya dengan kerjasama Tourism Selangor giat melaksanakan promosi ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’ bagi segmen domestik dan`Splendid Selangor, Take Me Anywhere! di peringkat global.

“Selangor ada kelebihan.. penerbangan akan sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA2 atau Subang, semua itu di Selangor, jadi kita kena bagi pendedahan kepada pelancong bahawa kalau nak melancong, pusing Selangor dahulu (kemudian) barulah ke negeri lain,” katanya.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut