DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Pulau Pinang telah melancarkan operasi terancang di sekitar kawasan Pulau Pinang. Sebanyak (3) serbuan secara berasingan telah dilakukan serta berjaya menangkap (1) lelaki tempatan berumur (48) tahun yang terlibat dengan aktiviti memproses dan mengedar dadah jenis Heroin dan Syabu.
Rampasan sebanyak (98) bungkusan plastik dadah jenis Heroin pelbagai saiz anggaran berat 13,720 gram bernilai RM115,000.00, (22) bungkusan plastik dadah jenis Syabu pelbagai saiz anggaran berat 600 gram bernilai RM10,000.00, (1) kotak warna coklat mengandungi (3) plastik lutsinar kafein anggaran berat 19,300 gram, peralatan dan perkakasan memproses dadah serta bahan-bahan kimia (pre-cursor).
Sumber : PDRM Pulau Pinang