4 RUMAH MUSNAH TERBAKAR DI KG WARISAN INANAM

KOTA KINABALU (15 Februari): Sebanyak empat buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Warisan, Inanam petang semalam.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kebakaran itu pada jam 6.22 petang semalam (15 Feb).

Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas dibantu pasukan BBP Tuaran dan Penampang bergegas ke lokasi kejadian, mendapati empat buah rumah jenis separuh kekal telah musnah 100 peratus.

“Operasi pemadaman api dilakukan dan kebakaran dapat dikawal pada jam 9.08 malam, seterusnya setelah memastikan tiada kemerbahayaan lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.59 pagi tadi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Manakala agensi lain turut berada dan membantu di lokasi kejadian ialah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH MEDIA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …