KERJASAMA PASUKAN KESELAMATAN BERJAYA SELAMATKAN LELAKI YANG PANJAT BUMBUNG SEJAK TIGA HARI LEPAS

SANDAKAN (15 Februari): Hasil kerjasama pasukan keselamatan telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang bertindak memanjat bumbung sebuah blok apartment Sejati Ujana, Batu 7 sejak tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata lelaki bukan warganegara yang dikenali dengan panggilan Jinjing, 39, berjaya diselamatkan lebih kurang pukul 1.06 petang tadi.

 

Kerjasama pasukan keselamatan berjaya selamatkan lelaki yang panjat bumbung sejak tiga hari lepas Katanya, tindakan menyelamat oleh anggota bomba itu dilakukan selepas sesi memujuk dilakukan selama tiga hari.

“Selama tiga hari sesi memujuk cuba dijalankan sehinggalah ke hari ini kerana bimbangkan keselamatan mangsa sendiri yang berada di atas bumbung. Sesi memujuk yang terakhir pada kali ini mendatangkan hasil atas kerjasama pasukan bomba, polis dan kakitangan kesihatan yang turut bersama di tempat kejadian sepanjang tiga malam di kawasan ini.

“Tiada sebarang kecederaan dan kejadian tidak diingini berlaku sepanjang proses menyelamat berlangsung. Pasukan penyelamat yang terlibat juga semua dalam keadaan yang baik dan selamat.

“Mangsa sekarang ini telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Ketika ditanya mengenai motif mangsa memanjat bumbung, Abdul Fuad berkata buat masa ini pihaknya belum mengenalpasti motif kerana mangsa dikejarkan ke hospital sejurus diselamatkan.

“Itu yang lebih penting untuk keselamatan dan kesihatan mangsa. Kita akan siasat motif selepas ini termasuk dakwaan ahli keluarga mengenai mangsa.

Turut berada di lokasi kejadian ialah Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH NEWS TODAY

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut