OPS SELAMAT: 9,964 SAMAN DIKELUARKAN DI NEGERI SEMBILAN

Sebanyak 9,964 saman trafik telah dikeluarkan dengan kesalahan memandu melebihi had laju menjadi penyumbang terbanyak kesalahan trafik sepanjang enam hari Ops Selamat dilaksanakan di negeri ini dari 8 hingga 13 Februari lalu.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof, saman lain terbanyak pula membabitkan kesalahan melanggar lampu isyarat, memotong barisan, memandu menggunakan talefon bimbit dan memotong di garisan berkembar.

Dari segi statistik kemalangan pula dalam Ops Selamat 21 telah mencatatkan penurunan kes sebanyak 22.7 peratus atau 131 kes kemalangan berbanding Op Selamat 19 tahun lalu yang merekodkan sebanyak 577 kes.

Pada tahun ini, sebanyak 446 kes kemalangan dilaporkan dan dari jumlah tersebut sebanyak tiga kes kemalangan maut direkodkan. Kes kemalangan maut turut merekodkan penurunan sebanyak satu kes kemalangan maut berbanding empat kes tahun lalu.

Sepanjang tempoh Ops Selamat 21 dilaksanakan, faktor terbabas dan langgar belakang kenderaan lain merupakan punca kepada kemalangan maut. Penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai pengguna jalan raya yang mencatatkan angka korban tinggi dengan tiga kematian dan angka ini menurun sebanyak dua kematian berbanding Op Selamat 19 tahun lalu.

Ops Selamat 21 tahun ini turut melibatkan kerjasama daripada lain-lain agensi melalui emergency response team (ERT) seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta konsesi lebuh raya.

Sumber: Kosmo Online

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …