TINJAUAN PENGARAH KESELAMATAN NEGERI MKN KELANTAN KE LOKASI TANAH RUNTUH DAN JAMBATAN BAILEY

Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan telah mengadakan tinjauan di sekitar Jambatan Bailey dan kawasan tanah runtuh.

Pembukaan dengan rasminya jambatan bailey JKR di laluan FT066, Jalan Sg. Sam-Jeli (Kg. Kubur Datu) pada jam 12.00 tengahari pada 9 Januari 2023. Laluan ini telah berjaya dibuka kepada lalulintas awal satu (1) hari dari jangkaan sebenar dan dibuka untuk muatan tidak melebihi 20 tan sahaja.