KPDN KELANTAN SERBU STESEN MINYAK JUAL BARANG KAWALAN SECARA BERULANG KALI KEPADA PENYELEWENG

KOTA BHARU 15 Feb : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Pencegahan Ketirisan Barang Kawalan sekitar Kota Bharu, Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan jam 10.00 malam kelmarin, pasukan telah mengesan sebuah stesen minyak mencurigakan di Jalan Long Yunus, Kota Bharu, Kelantan yang menjual minyak diesel kepada sebuah lori Isuzu 3 tan disyaki tangki ubahsuai untuk tujuan diselewengkan.
Modus operandi suspek membuat pembelian pengisian barang kawalan minyak diesel kedalam tangki ubahsuai secara berulang kali di beberapa stesen minyak sekitar Kota Bharu, Kelantan bagi mengaburi pihak berkuasa seterusnya akan diselewengkan.
Seorang saspek ditahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dan mengaku dengan tujuan untuk menyeleweng bahan bakar petroleum ini ke negara jiran, selanjutnya kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Stesen minyak juga diambil tindakan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Artikel/Berita Terkini

STATISTIK PENDUDUK MALAYSIA KINI MENCECAH 34 JUTA ORANG

Jumlah penduduk Malaysia pada suku tahun pertama (ST1) 2024 dianggarkan mencecah 34 juta orang, meningkat 2.3 peratus berbanding 33.2 juta …
Maklumat Lanjut

SULTAN MIZAN MENCEMAR DULI MERASMIKAN WISMA AUDIT

Sultan Terengganu, Sultan Zainal Mizan Abidin merasmikan Wisma Audit Terengganu, di Kuala Terengganu, semalam. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur …
Maklumat Lanjut

APMM TERENGGANU TUMPAS BOT NELAYAN ASING VIETNAM

19 MEI 2024 – Hampir sejam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengejar dua kapal nelayan asing Vetnam yang menceroboh perairan …
Maklumat Lanjut