KLINIK KESIHATAN KAMPUNG TANGKARASON BELURAN MUSNAH DALAM KEBAKARAN

BELURAN (14 Februari): Sebuah klinik kesihatan di Kampung Tangkarason dekat sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu melalui talian MERS99 lebih kurang pukul 1.08 pagi tadi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Beluran diketuai Komander Operasi, PBKII John Francis Andam bersama kenderaaan utiliti bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 215 kilometer.

Maklumat kejadian melaporkan kebakaran itu melibatkan Klinik Kesihatan Kampung Tangkarason berserta kuarters pekerja jenis tidak kekal berkeluasan 60×30 kaki persegi yang terbakar 100 peratus semasa pasukan bomba tiba di lokasi.

Klinik Kesihatan Kampung Tangkarason Beluran musnah dalam kebakaran.

Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan 1 aliran 100 kaki 2 pancutan sumber air terbuka (kolam).

Operasi memadam kebakaran yang turut dibantu oleh pasukan PDRM dan APM dilaporkan terkawal pada pukul 6.20 pagi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca kebakaran dan anggaran kerugian akan disiasat.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: SABAH NEWS TODAY

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …