PENDUDUK MALAYSIA CECAH 33.7 JUTA, LELAKI LEBIH RAMAI BERBANDING PEREMPUAN

SHAH ALAM, 14 FEB: Penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 33.7 juta pada suku keempat tahun lepas, meningkat 2 peratus berbanding 33 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daripada jumlah itu 30.5 juta ialah warganegara, manakala selebihnya bukan warganegara.

“Penduduk lelaki meningkat kepada 17.7 juta daripada 17.2 juta dan perempuan meningkat kepada 16 juta daripada 15.8 juta.

“Secara keseluruhan, nisbah jantina penduduk adalah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara adalah 103 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 0 hingga 14 tahun kekal tidak berubah pada 7.6 juta, sementara penduduk berumur 15 hingga 64 tahun meningkat kepada 23.6 juta daripada 23.1 juta, manakala penduduk berumur 65 tahun dan lebih meningkat kepada 2.5 juta daripada 2.4 juta.

Selain itu beliau berkata jumlah kelahiran hidup merekodkan penurunan sebanyak 1.1 peratus iaitu 112,767 kelahiran berbanding 114,067 kelahiran pada suku tahun keempat 2022.

“Bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,894 kelahiran berbanding 54,873 kelahiran. Selangor mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi iaitu 20,931 kelahiran manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 385 kelahiran.

Menurutnya lagi sebanyak 48,250 kematian direkodkan pada suku tahun keempat 2023, penurunan sebanyak 4.2 peratus berbanding suku tahun keempat 2022, iaitu bilangan kematian bagi lelaki adalah 27,508 manakala 20,742 kematian bagi perempuan.

– BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …