MONSUN TIMUR LAUT: BERHATI-HATI KETIKA BERIADAH DI KAWASAN AIR, PEKA DENGAN SEBARANG PERUBAHAN CUACA

Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di air. Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Leftenan Kolonel Pertahanan Awam Mohd Rosman Abdullah berkata, Terengganu masih lagi di dalam tempoh Monsun Timur Laut (MTL). Cuaca masih lagi tidak menentu dan hujan masih lagi turun di beberapa kawasan. Meski pun semua pusat rekreasi di negeri ini ditutup, namun terdapat pengunjung yang melakukan aktiviti mandi-manda di kawasan pinggir sungai. Justeru, mereka diingatkan peka dengan sebarang perubahan cuaca. Beliau yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu ditemui wartawan RTM selepas meninjau beberapa pusat rekreasi yang masih ditutup untuk semua pengunjung. Terengganu telah menutup sementara semua pusat rekreasi di negeri ini bermula 1 November tahun lalu sehingga 28 Februari ini. Ia sebagai langkah keselamatan sepanjang Monsun Timur Laut.

Sumber: RTM Terengganu & APM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …