WARGA NEPAL TERJATUH DIBAWA ARUS KETIKA BUAT PANGGILAN VIDEO BERSAMA KAKAK

KUANTAN: Seorang warga Nepal dikhuatiri lemas selepas dilaporkan terjatuh dari kawasan berbatu ketika membuat panggilan video di Teluk Tongkang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata pihaknya menerima laporan mengenai mangsa dikenali sebagai Ganesh Rana, 22, pada jam 5.50 petang tadi.

Beliau berkata, mangsa yang juga pekerja di sebuah kilang di sini, dikatakan ke lokasi kejadian bersama beberapa rakannya sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

“Menurut rakan mangsa, mereka duduk di kawasan berbatu dan mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh ketika membuat panggilan video bersama kakaknya sekitar jam 4.30 petang.

“Rakannya cuba menyelamatkan mangsa dengan mencapai baju namun gagal kerana mangsa dibawa arus kuat,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Wan Mohd Zahari berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan di sepanjang Teluk Tongkang sehingga pantai Teluk Cempedak sebelum ia ditangguhkan kerana cuaca buruk. – BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

STRATEGI MENGURUS RISIKO HYDROPLANING

Musim tengkujuh dan hujan lebat di Malaysia secara tidak langsung meningkatkan kebarangkalian insiden kemalangan, dengan hydroplaning (atau aquaplaning) menjadi salah …

BUNGA RAYA: SIMBOL IDENTITI DAN KESATUAN NASIONAL MALAYSIA

Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) bukan sekadar flora yang menghiasi landskap negara, malah ia merupakan entiti penting yang melambangkan kedaulatan dan …

KOMITMEN PENGARAH JPN MELAKA : AKU JANJI KEPATUHAN POLISI PERLINDUNGAN MURID

Melaka – Pengarah Pendidikan Negeri Melaka, menandatangani Aku Janji ini sebagai komitmen dan amanah untuk memastikan setiap murid dilindungi, dihormati …