MALAYSIA DIJANGKA ALAMI CUACA LEBIH PANAS, KERING

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam suatu kenyataan bertarikh 13 Februari 2024, Malaysia dijangka mengalami cuaca lebih panas dan kering berbanding sebelum ini susulan ketiadaan hujan dalam tempoh lama. MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024. Litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutama di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan. Ketiadaan hujan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

MetMalaysia turut memaklumkan dalam tempoh berkenaan, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang. Suhu tertinggi yang dicatatkan oleh stesen meteorologi utama MetMalaysia adalah 36.9 darjah Celsius iaitu di Chuping, Perlis pada 8 Februari lalu. Berikutan fenomena El Nino yang sedang melanda dunia, dijangkakan suhu maksimum harian negara boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat. Dalam keadaan cuaca panas, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air. Orang ramai juga dinasihatkan untuk hadkan tempoh berada di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas. Maklumat mengenai cuaca terkini boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih myCuaca atau dengan melayari laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia.

Sumber: MetMalaysia

Artikel/Berita Terkini

SARA TERUS JADI KEUTAMAAN KERAJAAN TAHUN DEPAN

SARA: Amir Hamzah melihat produk tempatan yang ditawarkan di salah sebuah kedai rakan niaga SARA di Tawau. TAWAU: Program Sumbangan Asas …

HAMPIR RM1 BILION UNTUK PERTANIAN, PERINDUSTRIAN DAN PELANCONGAN

LANCAR: Hajiji melancarkan aplikasi permohonan Rumah SMJ secara atas talian pada majlis itu. KENINGAU: Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1 bilion …

PENGLIBATAN ORANG AWAM DALAM PROGRAM KOMUNITI BERSAMA AGENSI KESELAMATAN MENYUMBANG KEPADA PENCEGAHAN JENAYAH

Jenayah tidak dapat dibendung oleh agensi keselamatan sahaja. Penglibatan orang awam dalam program komuniti bersama PDRM dan agensi berkaitan terbukti …