PEMANDU LORI DIDENDA RM35,000 MILIKI DIESEL TANPA LESEN

Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki barang kawalan berjadual iaitu 13,405 liter diesel tanpa lesen sah, dua tahun lalu.

M Jagathisan, 33, didenda RM35,000 selepas membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mazni Nawim.Mengikut pertuduhan, tertuduh memiliki barang kawalan berjadual iaitu diesel sebanyak 13,405 liter, dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1975 iaitu berurusan dengan diesel secara runcit atau borong tanpa lesen.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah premis beralamat di Batu 6, Jalan Seremban, Port Dickson, kira-kira jam 11.30 pagi, Ogos 2022.Justeru, tertuduh dituduh mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh denda tidak lebih RM1 juta atau dipenjarakan maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak lebih RM3 juta atau dipenjarakan tempoh maksimum lima tahun atau kedua-duanya.

Peguam Harcharan Singh yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengenakan denda maksimum RM30,000 kerana tertuduh kini penanggung utama kepada isteri dan dua anak dengan pendapatan RM2,000 sebulan sebagai pemandu lori.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Nazaruddin Zainuddin meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira ketirisan cukai yang hilang akibat penyelewengan. Mahkamah memutuskan denda RM35,000 dan jika gagal membayar boleh dipenjara empat bulan.

Sumber : Berita Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …