KES TUNTUTAN PALSU: GURU BESAR ANTARA EMPAT INDIVIDU YANG DITAHAN SPRM

Empat individu terdiri daripada Guru Besar, Ketua Pembantu Tadbir dan dua pengurus syarikat telah ditahan atad dakwaan berkomplot membuat tuntutan palsu berkenaan pembekalan makan dan minum murid di asrama sebuah sekolah rendah di negeri Terengganu bernilai RM 1.3 Juta.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, hasil operasi yang dijalankan mendapati kesemua individu terlibat telah mengemukan tuntutan palsu bermula dari tahun 2022 sehingga 2023. Tambahan lagi, dokumen palsu melibatkan tuntutan ke atas seramai 100 orang murid dan jumlah sebenar murid ialah seramai 35 orang.

Selain itu, dalam operasi di sekolah yang sama turut dijalankan siasatan terhadap tuntutan palsu melibatkan kontrak pembersihan berjumlah RM35,000, Kesemua individu yang terlibat di bawa ke Majistret Kuala Terengganu bagi mendapatkan permohonan reman.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …