๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—–๐—œ๐—ก๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

DASARย KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025

NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 3: KESEPADUAN NASIONAL

(Hubungan Berbilang Kaum)

 

 

Perayaan Tahun Baru Cina disambutย  oleh masyarakat Cina di Malaysia sempena kedatangan tahun baru menurut kalendar kaum Cina. Merekaย  percaya ada 12 binatang yang menaungi kalendar Cina iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi. Setiap binatang ini memberi signifikan dan tuahnya tersendiri.

Perayaan ini disambut mulai ย malam tahun baru apabila ahli-ahli keluarga berkumpul untuk menikmati makan malam bersama. Ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ahli kelurga yang telah berumahtangga akan memberi ย ‘angpau’ย  kepada saudara mara yang belum berumahtangga. ‘Angpau’ ialahย  sampul berwarna merah yang diisi dengan sejumlah wang dan membawa pengertian kesejahteraan yang berpanjangan.Selain itu, buah limau mandarin dan kuih bakul merupakan kemestian yang perlu ada semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Sepanjang Tahun Baru Cina dirayakan, tarian singa dimainkan dari rumah ke rumah dan juga premis-premis perniagaan bertujuan ย memberi berkat kepada mereka yang meraikan perayaan tersebut. Penutup kepada perayaan Tahun Baru Cina ialah perayaan “Chap Goh Meh”ย  yang disambut pada hari ke 15 Tahun Baru Cina.

Selamat tahun Baru Cina.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …