SESI CERAMAH DASAR KESELAMATAN NEGARA 2021-2025 DAN EVOLUSI ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA DI SMK SRI ISKANDAR

SERI ISKANDAR, 5 FEBRUARI 2024 – Satu sesi ceramah berkenaan Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 dan Evolusi Ancaman Keselamatan Negara telah diadakan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Iskandar.  Sesi ceramah yang disampaikan oleh Encik Khairul Amir bin Jamal, Penolong Pengarah (GSPS) ini telah dihadiri seramai hampir 200 orang pelajar terdiri dari pelajar tingkatan 1 dan 2.

Turut hadir Encik Abd Aziz bin Abd Rahman, Penolong Kanan (Sesi Petang) serta barisan tenaga pengajar SMK Seri Iskandar.

Melalui sesi berkenaan para pelajar diberikan pengenalan berkenaan peranan Majlis Keselamatan Negara, Dasar Keselamatan Negara 2021-2025 serta evolusi ancaman keselamatan Negara. Semoga kolaborasi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan seterusnya meningkatkan jalinan kerjasama antara Majlis Keselamatan Negara Negeri Perak dan pihak SMK Seri Iskandar.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …

DISIPLIN DI JALAN RAYA: KESELAMATAN BERMULA DARIPADA KITA

Patuhi lampu isyarat merupakan salah satu peraturan jalan raya paling asas yang wajib dipatuhi oleh setiap pemandu dan penunggang di …