TERENGGANU ANTARA LIMA NEGERI TERTINGGI CATAT KEMATIAN AKIBAT KEJADIAN LEMAS

Lima negeri tertinggi di Malaysia yang telah mencatatkan jumlah kes dan bilangan kematian melibatkan kejadian lemas antaranya ialah negeri Terengganu. Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Terengganu, sepanjang tahun 2022 telah dicatatkan sebanyak 23 kes dan terdapat 23 kes kematian yang direkodkan. Manakala pada tahun 2023, mencatatkan sebanyak 23 kes lemas dan melibatkan kematian 29 orang.

Kejadian-kejadian lemas yang melibatkan kematian kebanyakan adalah melibatkan kawasan-kawasan rekreasi. Negeri Terengganu terkenal dengan 85 lokasi rekreasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga dan riadah. Sebanyak 21 lokasi telah dikenalpasti berisiko berlakunya fenomena kepala air.

Situasi kehilangan nyawa melibatkan kejadian lemas boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengenal latar belakang individu. Adalah menjadi tanggungjawab setiap individu dalam mengambil cakna dan perhatian dalam memilih lokasi sebarang aktiviti riadah. Selain itu, menilai aspek-aspek keselamatan dalam setiap perancangan aktiviti di mana-mana sahaja lokasi adalah merupakan perkara yang perlu diterapkan.

 

Sumber: Harian Metro

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …