TARIAN SINGA MERIAHKAN MAJLIS PERKAHWINAN MELAYU

Kebiasaannya pada majlis perkahwinan Melayu tentunya ia penuh dengan adat tradisional di mana pasangan pengantin akan diraikan dengan alunan pukulan kompang.Namun, sepasang suami isteri di sini mencipta kelainan dalam majlis perkahwinan dua anak mereka apabila menjemput penari tarian singa untuk mengadakan persembahan.Malah ia juga kejutan istimewa Mohamad Zamrin Mohamad Jabor, 51, dan Ailis Misliza Matsom, 51, buat anak mereka Nornabila, 28, dan suami Zaid Amir Badarudin, 24, serta Norizzuddin, 26, dan isteri Sharifah Nur Amiera Azhar, 26.Menurut Mohamad Zamrin, idea menampilkan tarian singa itu tercetus bagi meraikan semangat perpaduan di negara ini ditambah pula kedatangan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.Lagi pun dalam majlis rasmi begini ada tetamu dari pelbagai kaum dan saya terfikir apalah salahnya saya buat kelainan dalam majlis istimewa anak-anak saya.Tujuan utama ialah ingin meraikan semangat perpaduan di negara kita dan nampaknya ia berjaya mencuri perhatian tetamu yang datang, Majlis perkahwinan anak pertama dan keduanya itu semestinya akan menjadi kenangan terindah yang akan diingati sampai bila-bila. Kawan-kawan juga ramai yang memuji dan memaklumkan ianya lain dari yang lain.

 

 

HONOR

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …