2 GURU RUGI RM150,000 DIPERDAYA SINDIKET PENIPUAN DALAM TALIAN

Kuantan: Dua guru kerugian RM158,176 selepas terima panggilan pegawai pos dan tekan pautan di media sosial untuk buat pembelian atas talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa pertama adalah guru wanita berusia 54 tahun yang menerima panggilan telefon daripada suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pejabat Pos Alor Setar pada 28 Ogos tahun lalu.

Katanya, suspek kemudiannya meminta mangsa membuat tuntutan barang yang diterima atas nama mangsa iaitu kad sim, buku cek token serta pemacu kilat.

“Mangsa menafikannya tetapi panggilan itu disambungkan kepada pegawai polis yang memberitahu bahawa mangsa terbabit dengan kes pengubahan wang haram dan penjualan dadah.

“Mangsa diminta untuk membuat pemindahan wang sebanyak RM89,450 kepada empat akaun bank yang berlainan untuk membersihkan nama daripada kes terbabit dan sumber kewangan adalah daripada wang simpanan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata, kes dua pula membabitkan guru lelaki berusia 51 tahun yang mengalami kerugian RM68,726 selepas melihat iklan jualan smart tag berharga RM150 di laman sosial Facebook pada 27 Januari lalu.

Katanya, berdasarkan laporan, mangsa diberi satu pautan bagi urusan pembelian.

“Selepas memasukkan butiran nama, nombor kad pengenalan dan alamat rumah, mangsa membuat pembayaran di pautan itu tetapi gagal.

“Namun, pada 29 Januari lalu, mangsa mendapati sebanyak 14 transaksi pengeluaran wang berjumlah RM68,726 dibuat daripada akaun bank miliknya. Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Katanya, masyarakat diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp. gov.myterlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi.

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut