MANGSA BANJIR DI PAHANG BERKURANG KEPADA 27

KUALA LUMPUR : Sebanyak 27 mangsa banjir daripada 11 keluarga masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Raub, Pahang, setakat 8 malam ini (4 Februari 2024).
Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) jumlah itu berkurang berbanding 28 orang daripada 12 keluarga petang tadi.
Sementara itu, tinjauan di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati paras beberapa sungai di Johor, Perlis, Sabah dan Terengganu berada pada tahap bahaya pada 8 malam ini.

Situasi itu melibatkan Sungai Johor di Kota Tinggi (Johor), Sungai Arau di Arau (Perlis), Sungai Kinabatangan di Kinabatangan (Sabah) dan Sungai Terengganu di Hulu Terengganu (Terengganu).
NADMA turut memaklumkan 16 jalan ditutup akibat jambatan rosak serta jalan dan cerun runtuh antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Pahang; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak; dan Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang serta Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor.
Sumber : BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

WARGA ASING SALAH GUNA PAS LAWATAN SOSIAL UNTUK BEKERJA: JIM TERENGGANU PERHEBAT PENGUATKUASAAN

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu terus mempergiatkan penguatkuasaan terhadap warga asing yang disyaki menyalahgunakan pas atau permit imigresen, termasuk …

PEMINDAHAN TAHANAN PULANG KE NEGARA ASAL

𝗥𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗡𝗝𝗔𝗡𝗚, 𝟯𝟬 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟲 – Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu telah melaksanakan tugas pemindahan pulang tahanan warganegara Thailand ke …

CAWAN DAH BERKARAT DAN SUMBING, TOLONGLAH TUKAR

Konsep kedai boleh klasik. Cawan untuk pelanggan tetap kena elok. Dalam gambar ini, kelihatan beberapa bahagian salutan sudah tertanggal.  Jika …