21 DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU DI JETI PULAU DUYONG

Seramai 21 individu termasuk 19 warga Thailand ditahan atas pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu membabitkan tiga agensi penguat kuasa di sekitar Jeti Pulau Duyong. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kapten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata semua suspek ditahan berusia lingkungan 32 hingga 52 tahun dan bekerja sebagai kru nelayan tempatan.

Hasil ujian air kencing mendapati 13 suspek termasuk dua warga tempatan positif dadah jenis methamphetamine. Operasi dijalankan bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Terengganu pada 12 tengah. Selain ujian urin, pemeriksaan juga mendapati lapan warga Thailand tidak memiliki dokumen pengenalan diri. Mereka diserahkan kepada JIM Terengganu untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu Mohd Khairulanuar berkata pihaknya akan meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di negara ini demi keselamatan serta kesejahteraan komuniti teriutamanya ketenteraman awam penduduk Terengganu.

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …