OPS BERSEPADU BSPTD KUALA KRAI

Kuala Krai – Kesalahan membabitkan hidupan liar termasuk menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar tanpa permit adalah kesalahan serius yang tertakluk di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Dalam ops bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Krai, seorang individu ditahan atas kesalahan di bawah seksyen tersebut kerana didapati memiliki tiga ekor burung murai batu dan empat ekor burung daun. Operasi ini adalah kolaborasi bersama Majlis Keselamatan Negeri (MKN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Perhilitan, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Sepanjang ops bersepadu dijalankan, sebanyak (32) keping saman telah dikeluarkan oleh PDRM atas pelbagai kesalahan trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan sebanyak (33) keping notis saman, Jabatan Alam Sekitar (7) notis pemeriksaan di bawah Seksyen 48 A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Asap Berlebihan) serta Jabatan Imigresen turut menahan (32) orang warga asing di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana gagal mengemukakan dokumen yang sah.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …