OPS TIRIS – KPDN KELANTAN SERBU RUMAH SIMPAN DIESEL 8793 LITER TANPA LESEN

PASIR PUTEH : Pegawai Penguat Kuasa KPDN Kelantan bersama PDRM IPD Pasir Putih, Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor dan Tok Bali telah menjalankan Ops Tiris Bersepadu sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan sempadan negara.
Tindakan jam 5.00 pagi kelmarin, pasukan telah mengesan sebuah rumah di Kg. Sg. Petai, Pasir Putih, Kelantan yang dijadikan tempat transit sementara simpanan barang kawalan minyak diesel sebelum diseleweng kepada industri.
Modus operandi saspek membuat pembelian pengisian minyak diesel secara berulang menggunakan lori, pacuan empat roda di beberapa stesen minyak sekitar Pasir Puteh, Kelantan dan mendapat bekalan industri dari luar, seterusnya menyimpan bekalan tersebut sementara diseleweng kepada industri bagi mengaburi pihak berkuasa.
Dilokasi pasukan membuat pemeriksaan lanjut menemui anggaran barang kawalan 8,793 liter minyak diesel didalam tangki petak mudah alih (square tank), didalam tong-tong jerikin sekitar rumah dan didalam tiga buah kenderaan disyaki tangki minyak telah ubahsuai yang dijumpai dirumah transit tersebut.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …