WANITA DITAHAN MEMILIKI 2358 KILOGRAM BARANG KAWALAN TANPA LESEN

KOTA BHARU: Penguat Kuasa KPDN Kelantan telah menjalankan Ops Membanteras Ketirisan Barang Kawalan di Kota Bharu, Kelantan.
Maklumat risikan mengesan sebuah rumah di Taman Harian, Guchil Bayam Kota Bharu, Kelantan dan pasukan membuat serbuan pada jam 1.25 petang kelmarin.
Hasil serbuan pasukan menahan seorang wanita yang merupakan pemilik premis berumur 30an warga tempatan dan pemeriksaan lanjut menemui minyak masak paket 1kg serta gula pasir di premis tersebut.
Saspek telah gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan pemilikan barang kawalan yang berada di dalam milikannya.
Dalam pada itu, sejumlah 1326 kilogram minyak masak bersubsidi ditemui didalam sebuah kenderaan Perodua Alza berpendaftaran tempatan yang diparkir dalam pekarangan rumah berpagar dan juga ditemui di ruang tamu kediaman tersebut.
Manakala 1032 kilogram gula pasir ditemui digaraj juga kediaman tersebut, kesemua barang kawalan disita untuk siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi tujuan siasatan lanjut.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM 2 juta bagi perbadanan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
KPDN Kelantan memberikan amaran keras kepada mana-mana individu yang menjalankan aktiviti yang tidak bermoral ini, seterusnya tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

Artikel/Berita Terkini

KE MANA HALA TUJU

Kehidupan ibarat sebuah kenderaan; kita perlu pandu ia ke landasan yang betul untuk sampai ke destinasi yang diidamkan. Seperti pemandu …
Maklumat Lanjut

HARMONIKAH KITA? #BLOCKOUT ATAU #MAKIOUT.

Pada 27 Oktober 2023, tentera Israel mula melancarkan serangan darat ke atas Gaza, terutamanya di utara dan Bandar Gaza. Israel …
Maklumat Lanjut

KERJA ADALAH IBADAH DAN AMANAH

IBADAH berasal dari Bahasa Arab yang bererti ketaatan, penghambaan dan penyembahan/ pengagungan. Menurut Ibnu Taimiyyah, ibadah adalah nama yang menggabungkan …
Maklumat Lanjut