MANGSA LEMAS DI KAMPUNG BULOT, TONGOD TELAH DIJUMPAI PADA HARI KE-3 OPERASI SAR

TONGOD (30 Januari): Seorang lelaki berusia 24 tahun yang dikhuatiri lemas di sungai dekat Kampung Bulot, Tongod telah dijumpai di kawasan Abau-Abau, Sungai Milan, Tongod, Sabah pada jam 7.00 pagi hari ini oleh pasukan penyelamat dan penduduk kampung.

Menurut Komander Operasi, PBK II KUP Jerry John, mangsa bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, JBPM Negeri Sabah menerima panggilan daripada pihak PDRM yang memaklumkan tentang kejadian lemas tersebut pada jam 8.18 malam, 28 Januari 2024 sebelum menggerakkan pasukan Bomba daripada BBP Kinabatangan ke lokasi kejadian yang mengambil jarak lebih 100 km untuk sampai.

4 orang anggota Bomba telah ditugaskan dalam operasi tersebut ke lokasi kejadian dengan menaiki Lori Hicom dan membawa bot Penyelamat.

Agensi lain yang turut membantu dalam operasi ini di lokasi adalah pihak PDRM, APM, RELA dan penduduk tempatan.

Setelah memastikan keadaan selamat dan kerja-kerja operasi selesai, operasi ditamatkan pada jam 11:18 pagi.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber: Sabah News Today

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …