𝐌𝐊𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu menganjurkan Program Kesedaran Kelestarian Pantai Tanggungjawab Bersama di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada Ahad, 28 Jan 2024 bermula jam 8.00 pagi. Program berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Terengganu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Terengganu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)
Dianggarkan hampir 80 peserta menyertai program ini yang bertujuan membantu PBT mengekalkan kebersihan serta kelestarian pantai selaras dengan Nilai Teras 7: Pembangunan Mampan, dan usaha ini sekaligus membantu pihak MBKT membersih pantai peranginan tersebut yang dipenuhi sampah sarap akibat air pasang besar (MTL) yang melanda pantai itu baru baru ini.
Diakhir program, turut dikongsikan sedikit maklumat berkaitan Dasar Keselamatan Negara oleh wakil MKN Terengganu dan taklimat berkaitan bahaya dadah kepada masyarakat oleh AADK Kuala Terengganu.
Turut hadir menjayakan program ini ialah Pengarah MKN Negeri Terengganu, Wan Suhaini Wan Mohamad dan Penolong Pengarah JaPen Negeri Terengganu, Puan Nooraini Che Aziz dan Pegawai Penerangan Daerah Kuala Terengganu, Puan Rusmiza Anuar.
Terima kasih diucapkan kepad asemua yang terlibat.
‘KELESTARIAN PANTAI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …