BENGKEL LIBAT URUS: EDISI SABAH MENGENAI STATUS SEMASA ISU TUNTUTAN PIHAK MENDAKWA WARIS SULTAN SULU

KOTA KINABALU (25 Januari): Sesi Libat Urus Sulu: Edisi Khas Sabah, program kolaborasi antara Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM), Institut Kajian Pembangunan (IDS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah diadakan di UMS bagi memaklumkan usaha dan tindakan Kerajaan MADANI berkaitan kes tuntutan Sulu.

Sesi ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Almalena Sharmila (Peguam Cara Negara) serta YB Datuk Norazlinah Arif (ADUN Kunak) dan juga YBhg. Professor Datuk Dr. Karim Hj. Mansor (Naib Canselor UMS). Program yang dihadiri oleh 300 orang ini terdiri daripada anggota Sekretariat Khas, agensi kerajaan, pensyarah universiti tempatan serta pelajar. Ianya merupakan kesinambungan kepada siri libat urus dan kolokium timbang tara antarabangsa yang telah diadakan pada tahun 2023.

Usaha berterusan ini membuktikan komitmen Kerajaan MADANI untuk melindungi dan memelihara keselamatan Malaysia serta tidak akan sama sekali berkompromi terhadap apa-apa jua perkara yang mengancam kedaulatan negara.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Facebook Azalina Othman Said

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …