SISTEM RADAR KESELAMATAN DI PANTAI TIMUR SABAH DITAMBAH BAIK – ADLY

SEMPORNA (24 Januari): Kementerian Pertahanan akan membuat penambahan sistem radar di pantai timur Sabah bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan laut negara.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, perkara itu sememangnya antara beberapa perkara yang akan diselesaikan melalui bajet kementerian itu pada tahun ini.

“Keperluan (radar) itu ada, kita juga akan melihat pos-pos pengoperasian dan peningkatan kepada sistem radar, kita juga akan memastikan bahawa kita dapat memenuhi keperluan sama ada dikehendaki tentera darat, tentera udara termasuk Angkatan Tugas Bersama (ATB 2),” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Terdahulu, Adly memulakan lawatan kerja lima hari ke Sabah bagi meninjau kawasan operasi serta kem dan pangkalan tentera di pantai timur Sabah bermula semalam.

 

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Sinar Harian

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …