MASJID DIIMARAHKAN SEMULA

Jemaah mematuhi SOP yang ditetapkan

IPOH, 12 Jun 2020 – Semua masjid dan surau di Perak kembali dibuka kepada orang awam bermula hari ini. Tinjauan di beberapa masjid menunjukkan semua SOP dipatuhi dengan baik oleh Jawatankuasa Masjid dan para jemaah.  Berikut adalah di antara SOP solat berjemaah yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia sepanjang tempoh PKPP berkuatkuasa sehingga 31 Ogos 2020:

  • Bilangan jemaah dihadkan kepada 40 orang
  • Bagi solat Jumaat bilangan jemaah ditetapkan seramai 40 orang membabitkan 40 ahli Jumaat di sesebuah kariah;
  • Bagi solat fardu berjemaah mestilah tidak melebihi 40 orang, tidak termasuk pegawai masjid serta ahli jawatankuasa kariah masjid atau surau;
  • Kebenaran solat fardu berjemaah dan solat Jumaat setakat ini HANYA dibenarkan kepada warganegara Malaysia;
  • Identiti jemaah yang hadir mesti disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat;
  • Jemaah perlu mengambil wudhu di rumah dan membawa sejadah sendiri;
  • Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan di luar masjid;
  • Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka;
  • Tidak ada bersalaman dan bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau;
  • Cara masuk dan keluar masjid mesti dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;
  • Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di dalam atau di luar masjid;

    Penjarakan sosial antara jemaah dipatuhi

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut