SESI PENDAFTARAN SISTEM PANGKALAN DATA UTAMA (PADU) @MKN TERENGGANU

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini telah mengadakan satu taklimat khas mengenai Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kepada beberapa agensi rakan strategik MKN Negeri Terengganu iaitu Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Jabatan Penyiaran Negeri Terengganu (RTM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Terengganu (JPNIN). Taklimat PADU ini telah disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Terengganu.

 

 

 

 

 

Selain sesi taklimat, MKN Negeri Terengganu turut membuka kaunter pendaftaran PADU kepada warganya serta terbuka kepada orang luar terutama penjawat awam di jabatan-jabatan berdekatan dengan MKN Negeri Terengganu. Sehingga jam 4.00 petang kaunter dibuka, seramai 70 orang telah berjaya mendaftar PADU pada hari ini.

kerajaan telah mengumumkan pelancaran Sistem Pangkalan Data Utama atau singkatannya PADU pada 2 Januari 2024. PADU merupakan pangkalan data utama negara yang selamat dan komprehensif ke arah digitalisasi dan penghasilan analitik yang tepat. Bermula 2 Januari 2024, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan mendaftar dan mengemas kini maklumat ke dalam PADU.

Pangkalan Data Utama (PADU) adalah inisiatif penting di Malaysia yang bertujuan mengumpulkan profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Maklumat profil ini dikumpul melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber dan dikemas kini secara berkala. PADU direka untuk membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar secara bersasar dan memastikan tiada penduduk yang tercicir daripada menerima bantuan atau inisiatif lain yang layak​​​​​​. Pangkalan Data Utama (PADU), mengandungi profil individu dan isi. Maklumat profil ini akan diperolehi melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Dalam perkembangan yang sama, semua penjawat awam diarah mengemas kini maklumat masing-masing menerusi Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) selewat-lewatnya pada 15 Februari ini. Arahan itu dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz melalui surat pekeliling bertarikh 17 Januari lalu. Surat pekeliling itu dihantar kepada Ketua Setiausaha semua kementerian, semua ketua jabatan peringkat persekutuan, setiausaha kerajaan negeri serta ketua badan berkanun di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan. YAB Perdana Menteri pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 1/2024 pada 14 Januari 2024 meminta supaya semua penjawat awam mengemas kini maklumat dan data dalam sistem PADU dengan kadar segera, selewat-lewatnya pada 15 Februari 2024.

Sehubungan itu, adalah dimohon untuk memastikan seluruh warga kementerian dan agensi melakukan pendaftaran dan pengemaskinian di portal PADU melalui pautan https://www.padu.gov.my.

Artikel/Berita Terkini

LEMBU BERKELIARAN, PBT LAKSANA TANGKAPAN SECARA AGRESIF

Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Sembilan diarahkan melaksanakan tangkapan lembu secara lebih agresif bagi mengelakkan kemalangan jalan raya …
Maklumat Lanjut

TINDAKAN KES DIHASILKAN DIBAWAH AKTA KAWALAN BEKALAN 1961

RANTAU PANJANG 08 Mei : Pegawai Penguat Kuasa KPDN, Kelantan telah menerima serahan kes daripada PDRM Balai Polis Jeram Perdah …
Maklumat Lanjut