JPJ SELANGOR KELUAR LEBIH 340,000 NOTIS, TAYAR BOTAK ANTARA KES TERTINGGI

SHAH ALAM, 24 JAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mencatatkan peningkatan sebanyak 32 peratus pengeluaran notis dengan 349,289 notis atas pelbagai kesalahan tahun lepas berbanding 263,786 notis pada 2022.

Pengarah JPJ Selangor Azrin Borhan berkata kesalahan teknikal pada kenderaan mencatatkan kesalahan tertinggi iaitu 111,837 diikuti tiada lesen memandu atau lesen memandu tamat tempoh (30,142), lesen kenderaan motor tamat tempoh (17,799) manakala bakinya melibatkan pelbagai kesalahan lain.

“Kesalahan teknikal ini melibatkan antaranya tayar botak, lampu isyarat rosak…peningkatan jumlah ini mungkin kerana pemandu tidak mengambil berat mengenai kenderaan masing-masing.

“Kita nasihatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan,” katanya pada sidang media selepas menyertai Op Patuh Bersepadu JPJ Selangor di Plaza Tol Puchong Selatan hari ini.

Menerusi operasi itu, sebanyak 1,217 kenderaan diperiksa dan 583 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan selain tiga kenderaan disita.

Operasi itu, yang bermula pada kira-kira 9 malam, disertai 82 anggota JPJ, 34 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, 10 anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta 10 petugas syarikat konsesi lebuh raya.

— BERNAMA

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut