ELAK DICEKUP PEGAWAI IMIGRESEN, WARGA ASING NEKAD TERJUN DARI TINGKAT DUA

Sanggup melompat keluar dari tingkat dua sebuah bangunan antara tindakan nekad seorang wanita warga asing yang cuba melarikan diri daripada ditangkap anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang mengadakan serbuan dalam operasi di sebuah kawasan rumah kedai di Seremban 2 di sini malam semalam.

Akibatnya wanita warganegara Myanmar berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan di kepala dan lutut dan terpaksa dirawat oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang turut serta dalam operasi terbabit.

Selain itu, ada juga dalam kalangan warga asing ini yang menyorok di dalam siling malah membahayakan diri dengan memanjat bumbung bangunan tiga tingkat itu dalam usaha mereka melepaskan diri daripada ditangkap.

Menurut Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang, operasi yang diadakan pihaknya itu adalah hasil risikan dan juga aduan orang awam berkaitan kawasan terbabit dihuni majoritinya warga asing dari pelbagai negara.

Pihaknya telah menerima maklumat awam dan aduan berkenaan keberadaan warga asing di kawasan ini, 99 peratus mereka yang tinggal di sini merupakan warga asing. Semasa serbuan mendapati tingkat atas bangunan rumah kedai telah dijadikan tempat penginapan dan asrama pekerja asing.

Warga asing ini dipercayai bekerja di sekitar kawasan penginapan kerana terdapat beberapa premis seperti pusat beli belah dan deretan kedai selain ada yang bekerja di kilang-kilang dan di sektor pembinaan.

Beliau dalam pada itu berkata, seramai 628 orang warga asing termasuk lima kanak-kanak perempuan diperiksa dalam operasi tersebut dan daripada jumlah itu, seramai 110 orang telah diambil tindakan yang terdiri daripada 91 lelaki dan 18 orang perempuan.

Kesemua warga asing yang ditahan dan diperiksa berasal dari negara Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, India, Pakistan dan Sri Lanka.

Antara kesalahan didapati daripada pemeriksaan warga asing ini adalah tiada dokumen pengenalan diri serta tinggal lebih masa. Lain-lain kesalahan yang dilakukan juga adalah di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen iaitu membenarkan imigran haram untuk masuk dan tinggal di premis dan Seksyen 56 (1)(d) iaitu kesalahan melidungi imigran haram. Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) ini akan dibawa ke Depoh Imigresen Lenggeng untuk saringan dan siasatan lanjut.

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …