DUA JURAGAN BAWA PETROL, DIESEL TANPA PERMIT DITAHAN

TAWAU: Dua juragan bot kargo ditahan selepas didapati membawa minyak petrol, diesel tanpa kebenaran dalam dua operasi berasingan di perairan daerah ini, semalam.

Kedua-dua juragan berusia 35 dan 32 tahun itu ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjalankan Op Sejahtera dan Pluto Timur di perairan berkenaan.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pihaknya mengesan sebuah bot kargo bergerak dalam keadaan mencurigakan dari perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik kira-kira jam 5.50 petang.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan mendapati seorang juragan lelaki warga asing membawa pelbagai barangan runcit dan menyembunyikan muatan bahan api jenis petrol sebanyak 12 gelen dianggarkan kira-kira 300 liter.

“Pemeriksaan dokumentasi mendapati juragan terbabit tidak mempunyai sebarang kebenaran bagi membawa barang kawalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, sebuah lagi bot kargo turut ditahan di kedudukan 0.7 batu nautika selatan Pelabuhan Tawau pada 6.30 petang hari yang sama.

“Pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan mendapati seorang lelaki warga tempatan yang bertindak selaku juragan membawa muatan pelbagai barangan runcit di dalam bot berkenaan.

“Pemeriksaan menyeluruh menemukan barang kawalan berjadual iaitu lima gelen berisi petrol dan 19 gelen berisi diesel yang disembunyikan di bawah timbunan barang-barang runcit dianggarkan 600 liter,” katanya.

Shahrizan berkata, Pemeriksaan dokumentasi mendapati juragan itu gagal mengemukakan permit serta lesen yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawa.

Katanya, kedua-dua bot kargo bersama juragan dan semua muatan ditahan seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Tawau untuk siasatan lanjut.

“Semua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan yang disita itu dianggarkan bernilai RM60,000 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967,” katanya.

Katanya, taktik membawa barang kawalan dalam kuantiti kecil secara berulang dan membawa barang kawalan melebihi kuota yang dibenarkan sering kali digunakan oleh pengusaha yang mementingkan keuntungan bagi mengelak daripada dikesan oleh penguat kuasa.

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah,” katanya.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Utusan Borneo

 

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut