TERENGGANU MENERIMA TABURAN HUJAN YANG TINGGI MENYEBABKAN BEBERAPA KAWASAN DINAIKI AIR.

Secara umumnya peningkatan penerimaan hujan di seluruh Negeri Terengganu direkodkan bermula awal pagi sehingga kini. Hujan turun dengan intensiti tahap renyai, sederhana lebat dan beberapa kawasan mencapai tahap lebat.

Penerimaan hujan direkodkan lebih tinggi di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu.

Berikut adalah beberapa stesen hujan yang merekodkan bacaan melebihi 100mm bermula awal pg 23 Jan 2023 sehingga kini:

1-RF Jamb. Kuala Berang (113.0mm)

2-RF Kg. Bukit Diman (103.0mm)

3-RF Pertanian Ajil (106.0mm)

4-RF Kg. Tok Adis (211.0mm)

5-RF Bukit Tumboh (212.5mm)

6-RF Setor JPS KT (251.0mm)

7-RF Pulau Bahagia (150.0mm)

8-RF Padang Kemunting (124.0mm)

9-RF UMT (197.5mm)

10-RF Peng. Berangan (121.0mm)

11-RF SMK Bukit Sawa (196.0mm)

Sementara itu juga, daerah Kuala Terengganu telah menerima hujan yang tinggi bermula 22/1/2024 sehingga hari ini, menyebabkan banyak kawasan dan jalan utama dinaiki air terutamanya jalan menghala ke bandar Kuala Terengganu. Antara jalan yang terjejas adalah Jalan Kamarudin, ⁠Jalan Sultan Omar, ⁠Jalan Gong Kapas, ⁠⁠dan Jalan Pasir Panjang. Keadaan ini menyebabkan kesesakan jalan raya yang teruk pada waktu pagi, namun dapat dikawal oleh pihak PDRM yang melaksanakan tugasan kawalan trafik.

Hujan lebat berterusan sejak petang Isnin menyebabkan beberapa laluan, kawasan perumahan dan sekolah di sekitar daerah Kuala Terengganu dilanda banjir pada pagi ini. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Jelani Sulong berkata, setakat jam 9 pagi ini sebanyak enam buah sekolah dalam daerah Kuala Terengganu ditutup kerana dinaiki air.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : Laman Web Public Info Banjir

https://publicinfobanjir.water.gov.my/

 

Artikel/Berita Terkini

INFO KESIHATAN: TIPS KEKAL CERGAS DI PEJABAT.

Seharian terperuk di dalam pejabat dan kereta yang mempunyai hawa dingin, sedikit sebanyak ia turut menjejaskan kesihatan dan menjadikan anda …
Maklumat Lanjut

JOM CAKNA: KENALI TAHAP MELECUR

Menurut KKM, melecur diklasifikasikan berdasarkan dalaman luka dan luasnya bahagian kulit yang terlibat. Tahap melecur dibahagikan kepada empat; Tahap Pertama …
Maklumat Lanjut

INFO KESIHATAN : MANFAAT & KEBAIKAN BUAH CEMPEDAK

1. Fungsi Mata Buah Cempedak adalah salah satu sumber alternatif vitamin A. Vitamin A ni sangat penting untuk kesihatan mata …
Maklumat Lanjut