SISTEM AKUAPONIK (LB-PONIC) MEMACU PERTUMBUHAN SOSIO-EKONOMI PENDUDUK SEKITAR KUALA NERUS TERENGGANU

Sistem Akuakultur (ternakan ikan air tawar) dan Sistem Hidroponik (kaedah pertanian berasaskan air) digabungkan dan dikenali sebagai Sistem Akuaponik. Akuakultur dan Hidroponik mempunyai masalah tersendiri dan dengan menggunakan kaedah Akuaponik, kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan secara serentak dan lebih produktif dalam pengeluaran hasil pertanian dan ternakan.

Produk inovasi akuaponik yang dinamakan low-budget aquaponic system dikenali sebagai (LB-PONIC) telah dibangunkan oleh salah seorang pensyarah dari Institut Akuakultur Tropika dan Perikanan (AKUATROP), UMT.

Bersama-sama dengan komuniti sekitar Kuala Nerus, Terengganu ini telah membangunkan system LB-PONIC bagi memacu pertumbuhan ekonomi penduduk dan kominiti yang terlibat ialah Jawatankuasa Penduduk Keselamatan Kampung (JPKK) Mengabang Telong, JPKK Pengkalan Atap, Rumah Anak Yatim dan Miskin Darul Akhyar, Batu Rakit serta Rumah Tunas harapan Darul Hilmi.

Setiap dari komuniti membangunkan 2 set sistem LB-PONIC berkapasiti 2 tan bagi penternakan ikan tilapia merah dan juga dilengkapi dengan sistem hidroponik bagi penanaman sayuran jenis hidroponik. Antara sayuran yang ditanam oleh komuniti penduduk dalam sistem LB-PONIC adalah seperti sayur sawi, Pak choy, sayur kangkung, sayur kalian, sayur bayam juga sayur salad. Buat masa ini, komuniti dibekalkan dengan benih ikan tilapia merah bagi penternakan dalam sistem LB-PONIC ini.

Dengan harapan, projek yang dijalankan oleh penyelidik UMT dapat memacu pertumbuhan sosio-ekonomi penduduk di sekitar Kuala Nerus.

Sumber : akuaponik.my & majalahsains.com

Artikel/Berita Terkini

WANITA MENGAKU TAK SALAH SEDIA KHIDMAT KLINIK GIGI HARAM

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan iaitu menjalankan amalan pergigian dan menyediakan klinik …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

POLIS TEMBAK MATI 2 PENJENAYAH KES SAMUN, EDAR DADAH DI NILAI

Dua penjenayah bersenjata yang dipercayai terbabit dalam lebih 70 kes samun di tiga negeri mati ditembak polis di kawasan parkir …
Maklumat Lanjut