KEHARMONIAN, PERPADUAN KUNCI KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN NEGERI

RASMI: Hajiji bersama jemputan lain memukul gendang sebagai simbolik    merasmikan Tuaran 2024 Dragon, Unicorn & Lion Dance Festival.

 

TUARAN: Keharmonian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah menjadi kunci kepada kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, rakyat berbilang kaum dan bangsa di negeri ini saling hormat menghormati dan meraikan setiap perayaan dan kebudayaan bersama dengan penuh harmoni.

Beliau mengambil contoh, Perayaan Tahun Baharu Cina bukan hanya disambut oleh masyarakat Tionghua di Sabah, malah pelbagai suku kaum lain di negeri ini turut bersama-sama meraikannya.

“Inilah keunikan di Sabah kerana rakyat daripada pelbagai suku kaum dan budaya dapat bersama-sama menyambut sesuatu perayaan dengan penuh harmoni dan meriah.

“Keharmonian dan persafahaman ini telah kita warisi dari nenek moyang serta ia hendaklah terus dipertahankan seterusnya diwarisi oleh generasi muda”, katanya ketika merasmikan Tuaran 2024 Dragon, Unicorns & Lions Dance Festival di sini pada Ahad.

Hajiji berkata, kepelbagaian itu juga memboleh rakyat berbilang kaum negeri ini hidup aman damai dan harmoni.

“Kita di Sabah boleh menjadi contoh dan teladan kepada negeri-negeri lain di Malaysia dalam soal persefahaman dan perpaduan rakyat berbilang kaum dan budaya,” katanya.

ALBUM: Hajiji bersama jemputan lain merakamkan gambar kenangan pada majlis berkenaan.

 

Katanya, kerajaan negeri menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) komited membangunkan negeri ini dan rakyatnya tanpa memilih bangsa dan agama.

Menurutnya, kerajaan negeri menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar akan menganjurkan sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2024 bagi memeriahkan lagi suasana sambutan itu.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh dan pemimpin masyarakat setempat.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#MKNSabah

 

Sumber : Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …