LIMA LELAKI SELUDUP ROKOK RM750,000 DITAHAN

Lima lelaki ditahan dipercayai terbabit dengan kegiatan penyeludupan rokok bernilai RM750,000 dalam dua serbuan berasingan pada Sabtu.

Kesemua mereka berusia antara 27 hingga 59 tahun itu ditahan menerusi Op Kontraban pada jam 3.45 pagi dan 3.30 petang.

Dalam serbuan pertama, polis menangkap tiga lelaki dalam sebuah kereta jenis Perodua Kembara dan memeriksa sebuah lori jenis Toyota di hadapan kedai di Simpang Empat Kampung Pauh Panji dekat sini.

Pihak polis membuat rampasan ke atas kesemua rokok untuk siasatan lanjut.

Soal siasat terhadap ketiga-tiga suspek membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki yang bertindak sebagai ‘pointer’ bagi kegiatan terbabit.

Pemeriksaan ke atas lori tersebut menjumpai kira-kira 700,000 batang rokok putih berjenama dipercayai diseludup masuk ke negara ini dengan nilai rampasan dianggarkan RM525,000.

Hasil siasatan awal mendapati rokok-rokok dipercayai diseludup untuk pasaran dalam negara ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut

POLIS BURU DUA SUSPEK GUNA WANG RM100 PALSU

Polis sedang memburu dua suspek yang disyaki menggunakan dua wang palsu RM100 untuk membeli makanan di dua premis di Pekan …
Maklumat Lanjut