FOKUS 7 PERKARA UTAMA INI DULU BAGI AZAM TAHUN BAHARU 2024

Elakkan dari Azam anda kelaut!

Setiap orang pasti ada azam tahun baharu tersendiri yang perlu dicapai. Selain keinginan untuk cepat kurus, sebagai umat Islam kita harus sentiasa berusaha mengubah diri menjadi lebih baik dan berkualiti.

‘Upgrade’ diri kita menjadi Muslim berkualiti dengan menitikberatkan 7 perkara seperti perkongsian di bawah ini. Memang tak mudah tetapi kena ada usaha. Setiap usaha, insyaAllah akan ada hasilnya.

  1. Tadabbur Al-Quran

Cari masa dalam sehari untuk merenungi dan memahami makna ayat al-Quran. Lebih baik jika dapat mengamalkan dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.

  1. Tingkatkan Ibadah

Tingkatkan kualiti solat dan ibadah lain. Kuatkan hubungan dengan Allah melalui zikir, doa dan tafakur. Amalkan dalam setiap urusan kehidupan kita.

  1. Perbanyakan Ilmu Agama

Tambah ilmu pengetahuan agama melalui bacaan, majlis selawat dan kuliah. Berusaha menjadi insan yang mampu menyumbang kepada agama dan masyarakat.

  1. Berakhlak Mulia

 Tingkatkan akhlak mulia dan budi pekerti yang baik. Terap dan praktikkan nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan termasuklah semasa bekerja dan bersosial.

  1. Sosial & Masyarakat

Melibatkan diri dalam kegiatan sosial dan kemasyarakatan. Memberi manfaat yang baik kepada orang lain.

  1. Zakat dan Infaq

Zakat adalah kewajipan setiap Muslim. Manakala infaq adalah pemberian ikhlas yang dianjurkan dalam Islam. Semua ini bertujuan untuk membantu sesiapa yang memerlukan dan ianya membentuk sikap peduli dalam masyarakat.

  1. Sentiasa Refleksi Diri

Refleksi diri secara berkala kerana ia boleh membantu menilai pencapaian dalam perkembangan diri dan kerohanian. Kenal pasti di mana perlu perubahan dan peningkatan supaya setiap hari semakin baik.

 

Sumber: FB Dr Azura Hashim

 

Artikel/Berita Terkini

PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Program Jualan …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  KPDN Pulau …

AKTIVITI PENGUATKUASAAN KPDN

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PDN Pulau …