KPM TETAPKAN PEMAKAIAN SERAGAM SEKOLAH 2 HARI SEMINGGU

PUTRAJAYA: Bermula penggal baharu persekolahan bagi sesi terbabit, murid dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah untuk dua hari dalam seminggu manakala dua hari untuk pakaian sukan dan bagi pakaian kokurikulum pula dibenarkan sehari.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata garis panduan baharu itu diputuskan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk pemakaian murid bagi sesi persekolahan 2024/2025 mulai Mac ini.

“KPM memutuskan bagi sesi 2024/2025 bermula Mac ini, selepas sesi libat urus dilaksanakan dengan semua pihak berkaitan termasuk pemegang taruh, maka pakaian seragam di sekolah sesi 2024/2025 diteruskan seperti berikut.

“Dua hari pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian kokurikulum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Amanat 2024 KPM di sini, hari ini.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …