YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR TERIMA SUMBANGAN RM500,000

Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada rakyat menerima sumbangan dana RM500,000 daripada Eco-Shop Marketing Sdn Bhd.
Replika sumbangan disampaikan wakil rasmi Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, Simon Chai Man Kiat kepada Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Tuan Haji Mohd Anizam Jamian di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin hari ini.
Sementara itu Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Dato’ Avinderjit Singh berkata beliau amat menghargai sumbangan yang diterima dan turut mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak dalam bersama-sama membantu rakyat.
“Baginda Tuanku Sultan amat menitikberatkan kebajikan rakyat dan sentiasa menghulurkan bantuan menerusi YSIJ.
“Dana ini juga kita gunakan untuk membeli pelbagai barangan keperluan bagi mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Selain itu, dana ini juga akan turut meliputi sumbangan berbentuk bantuan ihsan dan keperluan bencana yang lain,” katanya kepada Royal Press Office (RPO).
Dato’ Avinderjit Singh turut menzahirkan penghargaan kepada Eco-Shop Marketing Sdn Bhd di atas sumbangan berkenaan.
Foto Royal Press Office
May be an image of 2 people and text
May be an image of 7 people and text
May be an image of 7 people, newsroom and text
May be an image of 7 people and text

Artikel/Berita Terkini

MELAKA BAKAL JADI HAB TEKNOLOGI JERMAN DI ASIA TENGGARA – AB RAUF

Ayer Keroh – Melaka bersedia menjadi pusat pemindahan teknologi Jerman bagi rantau Asia Tenggara menerusi pembangunan Taman Teknologi Jerman (GTP) …
Maklumat Lanjut

𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈?

 𝐀𝐏𝐀 𝐈𝐓𝐔 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈? Kad digital eksklusif untuk ahli kesatuan sekerja berdaftar, yang menawarkan pelbagai diskaun sehingga 30% di …
Maklumat Lanjut

SAMBUTAN HARI IBU 2025

𝐇𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 : 𝐒𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐛𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟓 Hari Ibu diraikan di seluruh dunia pada hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei …
Maklumat Lanjut