LATIHAN KEMAHIRAN DI PENJARA BANTU PENGHUNI BERDIKARI SELEPAS BEBAS

KOTA BHARU – Penjara Pengkalan Chepa memberikan latihan kepada banduan wanita seperti kursus pembuatan pastri, menjahit dan perkhidmatan spa dan salun kecantikan yang dibuka kepada orang awam.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, YB Rohani Ibrahim berkata banduan di Penjara Pengkalan Chepa telah menjalani pelbagai latihan seperti membuat pastri dan menjahit sebagai persiapan berdikari selepas dibebaskan.
Katanya, kelas fardu ‘ain, membaca Al-Quran dan ceramah agama turut diberi secara berterusan sepanjang menjalani hukuman mampu memberi keinsafan seterusnya dapat menyekat golongan terbabit daripada mengulangi kesalahan sama.
“Insya Allah, diharap dengan pendedahan sebegini akan mengubah hidup mereka kearah yang lebih baik dan diredhai Allah SWT.
Kami doakan semoga Allah merahmati segala kerja buat kita. Insya Allah,” katanya ketika membuat lawatan ke Penjara Pengkalan Chepa, semalam.

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …