10 SET BUBU NAGA DIRAMPAS DI PERAIRAN KLANG

KLANG: Sebanyak 10 set bubu naga dirampas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor di perairan Klang pada 14 Januari 2024.

Pengarahnya, Kapten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, rampasan dilakukan pada jam 1 petang, ketika bot ronda Maritim Selangor melaksanakan Op Ehsan dan Op Tiris 3.0 di sepanjang perairan Selangor.

β€œHasil rondaan dan pemantauan di sektor operasi, terdapat satu pelampung yang diikat dengan peralatan disyaki bubu naga di kedudukan kira-kira 0.1 Batu Nautika Tanjung Bakau, Pulau Klang.

β€œSetelah kru bot ronda membuat pemerhatian lebih daripada setengah jam mendapati tiada bot nelayan yang menghampiri kawasan tersebut.

β€œSebanyak 10 set disyaki bubu naga yang dipasang secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab dirampas dan disyaki melanggar kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985.

Beliau berkata, pengunaan bubu naga dilihat semakin berleluasa di sepanjang perairan Selangor dengan pelbagai taktik digunakan nelayan untuk memasang bubu mereka termasuk menenggelamkannya ke dalam laut dan menggunakan Sistem Kedudukan Sejagat (GPS) untuk menjejak lokasi bubu.

β€œMaritim Selangor sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang kawasan tanggungjawab bagi mengekang aktiviti haram di laut.

Artikel/Berita Terkini

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Pulau …
Maklumat Lanjut

𝗣π—₯π—’π—šπ—₯𝗔𝗠 π——π—˜π—₯𝗠𝗔 𝗗𝗔π—₯𝗔𝗛

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Hospital Seberang …
Maklumat Lanjut

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH KESELAMATAN NEGARA KE ESSCOM

Ketua Pengarah Keselamatan Negara (KPKN) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Raja Dato’ Nurshirwan bin Zainal Abidin …
Maklumat Lanjut